Hebahan: Program Persediaan Ke IPT | 23-26 Mac 2012

Posted by 19 Mar, 2012

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Program Persediaan Ke IPT 2012 anjuran Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)

akan berlangsung pada tarikh dan masa berikut:

Tarikh : 23 hingga 26 Mac 2012
30 Rabiulakhir hingga 3 Jamadilawal 1433H

Tempat : Kompleks Biro Wanita, Jalan Sultan Tengah, Kuching
Masa Pendaftaran : 2.30 petang, 23 Mac

Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM/STPM 2011 dan keutamaan diberikan kepada

pelajar-pelajar yang pernah menyertai program-program anjuran BPP-MIS.

Antara pengisian menarik untuk kali ini ialah :

1. Memahami ma’na Ilmu dan kepentingannya yang akan disampaikan oleh YBhg Dr. Mohd Farid Mohd Sahran (IKIM)

2. Kewajipan Mencintai Rasulullah sallahu ‘alayhi wa alihi wassalam yang akan disampaikan oleh

Al Fadhil Ustaz Muhammad Sufi Bin Ibrahim (Kolej Islam As Sofa)

3. Taklimat Bantuan kewangan/pinjaman pendidikan/biasiswa daripada Tabung BaitulMal Sarawak, Yayasan Sarawak dan PTPTN

4. Peluang kedua ke UiTM melalui program Destini Anak Bangsa

5. Memantapkan jati diri belia Islam melalui pengukuhan budaya ilmu dan kerohaniaan

6. Membongkar rahsia kejayaan dan kehebatan para ilmuwan dan ulama Islam terulung

7. Perolehan maklumat ke mana selepas SPM/STPM dan pilihan bidang yang sesuai.

Memandangkan program ini hanya menerima 100 orang penyertaan, anda dinasihatkan untuk

mendaftar lebih awal ! Taip nama No Kad Pengenalan Nama Sekolah dan hantar ke 019 8212606 (Shamsiah).

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan boleh menghubungi nombor tersebut.

Selamat Maju Jaya!

Share
(0) Comment Categories : Belia, Events

Kejahilan yang menutup pintu kecintaan

Posted by 19 Jan, 2012

Alhamdulillah hi robbil ‘alamiin, segala puji dan syukur di rafa’kan ke hadrat Allah SWT di atas limpahan Rahmat dan Kasih sayangNya kepada kita selaku hambaNya yang serba kekurangan dan dipenuhi dengan kelemahan. Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, pada setiap kerlipan mata dan hembusan nafas sebanyak luasnya ilmu  Allah. Selawat dan salam buat Rasulullah sallahu ‘alayhi wassalam.


Sewaktu saya masih di usia kanak-kanak dan sehinggalah ke hari ini, amalan berjikir (bermaulid) telah sekian lama menjadi tradisi dalam masyarakat Islam di Negeri Sarawak. Saya masih ingat lagi setiap kali apabila pergi pengilan (kenduri) sama ada Majlis pertunangan, perkahwinan mahupun Majlis Makan Selamat (Majlis Kesyukuran) kelahiran bayi atau bersunat (berkhatan), pastinya ada sekumpulan lelaki atau perempuan berpakaian sepasang (seragam), kira-kira dalam 15-20 orang malahan lebih daripada jumlah tersebut akan dijemput untuk berjikir (bermaulid). Sejujurnya saya tidak memahami setiap bacaan yang dialunkan oleh mereka. Apa yang saya tahu hanyalah di akhir jikir (maulid) itu semua ahli-ahli akan berdiri dan mengalunkan selawat dalam nada yang tidak sama seperti selawat-selawat yang dialunkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid yang terkenal.

Read more

Share
(0) Comment Categories : Agama

Seminar Memperingati Ketokohan Sayyidah Khadijah Al Kubro : Laporan Penuh

Posted by 15 Jan, 2012

Pertama dan selamanya, marilah kita sama-sama merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izinNYA jualah Seminar Memperingati Ketokohan Sayyidah Khadijah Al Kubra radiallahu ‘anha wa ardha ha telah disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam buat kekasih junjungan Rasulullah sallahu alaihi wassalam, para keluarga dan sahabat baginda sallahu ‘alayhi wassalam, mudah-mudahan kita dihimpunkan bersama-sama dengan baginda sallahu ‘alayhi wassalam di yaumul akhirat.



Seminar ini telah dilaksanakan pada 7 dan 8 Mei 2011 bersamaan dengan 3 dan 4 JamadilAkhir 1432H bertempat di Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching.  Penyertaan Seminar yang julung kali di adakan di Sarawak khususnya dan di Malaysia amnya sangat menggalakkan. Seminar ini berjaya menghimpunkan 500 orang peserta yang datang daripada seluruh bahagian Negeri Sarawak, Kuala Lumpur dan Singapura. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan usia, berkhidmat di Jabatan Kerajaan mahupun swasta, Ahli perniagaan, Ahli-ahli NGO mahupun pelajar-pelajar IPT.

Read more

Share
(0) Comment Categories : Wanita

Oh Golden Churn !

Posted by 12 Jan, 2012

Beberapa bulan yang lepas, kita dikejutkan dengan satu isu mengenai produk Golden Churn Cremery  Butter di pasaran Sarawak yang dikesan mengandungi DNA Babi. Kecoh satu kampung apabila pihak Majlis Islam Sarawak mengeluarkan kenyataan medianya pada 28 Julai 2011 yang meminta orang Islam khususnya menghentikan penggunaan mentega tersebut.


Read more

Share
(0) Comment Categories : Isu Semasa

Kerana Syahadah

Posted by 28 Jul, 2011

HUJAN lebat mengiringi perjalanan kami ke Sri Aman, bahagian ketiga Negeri Sarawak selepas Kuching dan Kota Samarahan. Perjalanan bermula seawal jam tujuh pagi. Perjalanan ke sana memakan masa sekitar tiga hingga empat jam. Itu pun mengikut cuaca dan kesibukan jalan raya. Hari itu hari Jumaat. Penghulu segala hari dan kemuliaan hikmah pada setiap nafas terhela. Buat pertama kalinya, aku bersama Ustaz Zamri, Muzako dan Mazeyah bertugas ke Sri Aman untuk menyaksikan lafaz syahadah di depan mata. Sebuah keluarga berbangsa Iban akan melafazkan syahadah pagi itu. Secara peribadi, inilah kali pertama aku menyaksikan syahadah dilafazkan di depan mata. Sebelum ini, aku hanya mendengar cerita manis Ustaz Zamri dan beberapa kenalan daripada Unit Saudara Kita apabila mereka menyaksikan saat syahadah dilafazkan di hadapan mereka.

 

Ternyata aku amat teruja!

Read more

Share
(3) Comment Categories : Isu Semasa, Karya Kreatif

Puisi Sufi Rabi’ah Al Adawiyyah

Posted by 20 Jul, 2011

Dua cinta ku serahkan padaMu

Cinta berkuntum hasil ingatanku padaMu

Dan cintaMu sejati kerana Kaulah kemuncak Cinta

PadaMu berpulang jua

Berkuntum dari inginku berpulang jua diriku

ingatanMu

Read more

Share
(0) Comment Categories : Wanita

Mengenali Malam Nisfu Sya’ban

Posted by 14 Jul, 2011

Segala puji dan syukur hanya kepada Allah SWT atas ni’mat Iman dan Islam serta ni’mat  menjadi ummat Nabi Muhammad sallahu a’alaihi wassalam Haruman selawat dan salam buat Rasul Junjungan s.a.w, para keluarga dan para sahabat baginda mudah-mudahan bertambah mahabbah dan kecintaan kepada baginda sallahu a’laihi wassalam.


Alhamdulillah, pada usia yang bakal mencecah tiga dekad ini, saya direzekikan oleh Allah SWT untuk mengenali satu hari kebesaran Allah SWT iaitu Malam Nisfu Sya’ban. Sejujurnya, saya pada imbasan sejarah kehidupan tidak mempunyai keinginan untuk mengetahui Malam Nisfu Sya’ban. Pada saya, ianya sesuatu sambutan kebiasaan bagi masyarakat Islam. Sehinggalah satu ketika Allah SWT memberikan rezeki kepada saya untuk belajar mengenali seorang insan yang sangat mulia di sisi Allah SWT, pembawa rahmat sekalian alam, Nabi Muhammad sallahu ‘alayhi wassalam.

Read more

Share
(0) Comment Categories : Agama

Sayyidah Khadijah Al Kubro : Bantulah Aku Untuk Meneladaninya

Posted by 7 Jul, 2011

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah sallahu ‘alayhi wassalam bersabda yang bermaksud;

 

‘Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad dan Asiah, isteri Fir’aun.

(Hadith Riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)

 

Pesanan daripada Rasulullah sallahu ‘alayhi wassalam ini sebenarnya telah menjawab persoalan kepada pencarian kita siapakah wanita Islam yang boleh dijadikan contoh di dalam segenap aspek kehidupan terutamanya di waktu akhir zaman ini. Sedar atau tidak masyarakat kita terutamanya para wanita Islam dan generasi muda wanita Islam masih mencari idola selain daripada mereka dengan alasan idola yang masih hidup dan berada di depan mata lebih senang dicontohi dan diikuti. Kalaupun ada yang cuba mencontohi tokoh-tokoh wanita Islam terbilang ini, keterbatasan untuk menggali seberapa banyak khazanah tauladan kehidupan mereka menjadi asbab mengapa cita-cita untuk meneladani tokoh wanita Islam tersebut tidak tercapai.

Read more

Share
(0) Comment Categories : Agama, Wanita